pondok|sepi

ku menulis bukan kerna nama...tapi menulis kerna ingin meluahkan rasa di jiwa

bab 1-part1

sepi...
satu perkataan yang cukup sinonim dalam diriku...sunyi lagilah..apa yang harus ku lakukan. 2 tahun ku rasa tak mampu untuk gapai impian ku yang telah ditanam sejak kecil lagi. Ya Allah permudahkan urusan ku ini.

Wan Raudhah sahabat baik ku,mengapa kau tak fahami diriku ini? Kau semakin jauh dariku. Mengapa dan kenapa
?Aku tak bersalah dan siapa yang harus dipersalahkan? Sahabat ...kau sudah tersalah sangka.Aku bukan perampas hak sesiapa walhal aku isterinya yang sah.

Aku tidak faham kau. Aku tidak berniat ingin melukakan hati mu. Tidak terlintas sekelumit niat untuk permainkan dirimu.Aku ikhlas menyayangi dirimu.Percayalah kasih. Aku cintamu tapi aku bukan milikmu selamanya. Damailah cinta mu di sini tersemai bersama insan yang lebih menyayangi mu.Mungkin insan itu mencintaimu lebih dari segala-galanya.

Mama...Elli nak kahwin!!! noktah.Itu kata putusku.Ku suarakan perkara ini dengan tegas.Ku tak mahu sesiapa menghalangku.Bukan niat untuk menderhaka tapi berjuang menegakkan cinta membina sebuah masjid.Moga masjid yang dibina tersergam indah dipenuhi ibadah untuk Tuhan Pencipta dan dilimpahi rahmat sentiasa.

Ibu Elli terdiam.Tidak tahu untuk berbicara apa.Hendak membangkang puas sudah.Hendak memaki tidak sampai hati.Hendak menghalang mungkin tiada guna.Itulah anaknya.Kenal sangat dan sangat masak akan perangai Elli yang keras kepala itu.Dia juga tidak menyangka Elli sangat bertegas dalam hal ini.Bukan dia ingin menghalang cuma khuatir ianya satu pilihan yang salah.Maksudnya Elli masih muda dan mentah. Lagipun pelajaran belum tamat lagi.Perjalanan hidupnya masih jauh.Tapi kenapa anak aku ini tergesa-gesa dalam mendirikan masjidnya???

0 comments:

Post a Comment