pondok|sepi

ku menulis bukan kerna nama...tapi menulis kerna ingin meluahkan rasa di jiwa

kecewa...tapi sahih gagal ke?


kecewa~apa rasanya hati bila kita betul-betul kecewa...perasaan yang bagaimana boleh menggambarkan perasaan ini...
apa anda lakukan jika rasa kecewa..

renungan sedikit di bawah dipetik drp
http://www.icet.unikl.edu.my
JANGAN BERPUTUS ASA

Dalam menjalani kehidupan dunia sebagai manusia pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat manusia yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran.

Bahkan Allah s.w.t sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:

أَفَحَسِبْتُمْ أَنَّمَا خَلَقْنَاكُمْ عَبَثًا وَأَنَّكُمْ إِلَيْنَا لَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya; Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”al-Mukminun:115.

Dan dalam ayat yang lain Allah s.w.t menerangkan;

أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لَا يُفْتَنُونَ وَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ.

Maksudnya; Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.





KECEWA..


bagiku perasaan ini akan timbul sekiranya ku menemui jalan buntu dimana kebiasaanya sedih atas perkara tertentu yang menimpa diri...aku biasanya akan kecewa bukan kerana gagal melalukan sesuatu perkara..tapi gagal untuk mematangkan diri sendiri..dan hari ini boleh dikatakan aku memang sangat-sangat kecewa terhadap diri sendiri.entahlah mungkin aku mempunyai perasaan yang sangat tidak puas hati kenapa aku bukan macam orang lain..aku kecewa sebab aku rasa aku gagal menjalankan tanggungjawab aku sebagai pelajar...waaaahhh makan dalam rasanya ini...
entahlah...rasa macam-macam bila kecewa kan? aku taklah terkilan sebab tak dapat jawab soalan exam tadi...tapi di saat-saat tengah jawap tu timbul perasaan apa yang dah selama ini aku belaja? adakah ini hasilnya ? hasil apa?hurm tak mampu nak aplikasikan apa yang dipelajari selari dengan kehendak soalan peperiksaan.di sini perkara ini mula bermain-main di pemikiran ku...apa yang aku dah buat selama ini...adakah aku tak set dahulu nawaitu aku betul2...apa tujuan aku meneruskan pengajian dalam ijazah ini?..Mungkin sesetengah orang sekadar menjadikan ijazah ini tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang menjamin masa depan.hurm atau belajar sekadar nak lulus peperiksaan...huhu...mungkin itu niat aku dahulu...so sebelum ini aku pernah nekad dan setkan nawaituku untuk mencari ilmu dan menuntutnya seikhlas-ikhlas mungkin...tapi itu sem lepas kut...sem ini entah...melayang-layang rasanya sem ini..


cerita bab kecewa ini mungkin panjang lebar.ini pun baru lepas bangun tidur sebab kecewa punya pasal..haha lega sikit fikiran.

merujuk tajuk besar aku di atas...hurm aku kecewa tapi aku belum pasti aku gagal atau tidak dalam exam aku hari ini...hanya mampu berserah ..bergantung kepada rezeki..hurm doa dan tawakal sahaja mampu ku lakukan...lagipun Allah suruh kita berusaha dan aku keluarkan usaha ku dan yang tadi itulah setakat ku mampu...walau apa pun harap keputusan nya adalah ynag terbaik!!! KECEWA bukan bererti kita gagal untuk perkara yang lain.....-to be continue..hehhe...nak sambung study lagi...perjuangan terakhir untuk sem ini...last paper 19hb~

0 comments:

Post a Comment